BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,100 dengan 24 kematian, kes aktif 51,997

coronavirus-COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 3,100 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 245,552 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 24 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 896 kes.

Daripada 3,100 kes yang dilaporkan hari ini, 3,099 adalah penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,340 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 192,679 kes.

Sementara itu terdapat 282 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 134 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 245,552 kes dengan 78.5 peratus kadar sembuh bersamaan 192,679 pesakit, manakala 896 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 51,977 kes aktif pada kadar 21.2 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top