BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 3,048 kes, 11 kematian, kes aktif 41,076

coronavirus_COVID_19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan jumlah sebanyak 3,048 kes dengan jumlah kumulatif 186,849 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 678 kes.

Daripada 3,048 kes yang dilaporkan hari ini, 3,040 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,638 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 145,084 kes.

Sementara itu terdapat 261 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 101 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 186.849 kes dengan 77.7 peratus kadar sembuh bersamaan 145,084 pesakit, manakala 689 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 41,076 kes aktif pada kadar 22 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top