BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,998 dengan 22 kematian, kes aktif 41,396

coronavirus-covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,998 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 272,163 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 22 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,005 kes.

Daripada 2,998 kes yang dilaporkan hari ini 2,991 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 5,709 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 229,762 kes.

Sementara itu terdapat 231 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 272,163 kes dengan 84.42 peratus kadar sembuh bersamaan 292,762 pesakit, manakala 1,005 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 41,396 kes aktif pada kadar 15.21 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top