BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,985 kes, empat kematian, kes aktif 32,377

novel-coronavirus-covid-19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,985 kes dengan jumlah kumulatif 144,518 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 563 kes.

Daripada 2,985 kes yang dilaporkan hari ini, 2,983 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 994 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 111,578 kes.

Sementara itu terdapat 197 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 144,518 kes dengan 77.2 peratus kadar sembuh bersamaan 111,578 pesakit, manakala 563 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 32,377 kes aktif pada kadar 22.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top