BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,936 dengan 13 kematian, kes aktif 36,797

Covid_Coronavirus-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,712 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 277,811 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 13 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,043 kes.

Daripada 2,936 kes yang dilaporkan hari ini 2,919 adalah penularan tempatan dan 17 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 4,889 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 239,971 kes.

Sementara itu terdapat 220 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 104 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 277,811 kes dengan 86.38 peratus kadar sembuh bersamaan 239,971 pesakit, manakala 1,043 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 36,797 kes aktif pada kadar 13.24 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top