BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,881 dengan 15 kematian, kes aktif 29,631

saringan-covid-19.jpeg

Grafik Ehsan Roketkini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,881 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 411,594 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 15 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,521 kes.

Daripada 2,881 kes yang dilaporkan hari ini, 2,865 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,462 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 380,442 kes.

Sementara itu terdapat 337 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 176 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 411,594 dengan 92.42 peratus kadar sembuh bersamaan 380,442 pesakit, manakala 1,521 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 29,631 kes aktif pada kadar 7.20 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top