BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,875 dengan tujuh kematian, kes aktif 22,014

coronavirus_covid19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,875 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 384,688 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,407 kes.

Daripada 2,875 kes yang dilaporkan hari ini, 2,846 adalah penularan tempatan dan 29 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,541 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 361,267 kes.

Sementara itu terdapat 248 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 384,688 dengan 93.91 peratus kadar sembuh bersamaan 361,267 pesakit, manakala 1,407 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 22,014 kes aktif pada kadar 5.672 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top