BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,847 dengan lapan kematian, kes aktif 22,512

covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,847 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 387,535 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,415 kes.

Daripada 2,847 kes yang dilaporkan hari ini, 2,843 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,341 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 363,608 kes.

Sementara itu terdapat 260 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 125 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 387,535 dengan 93.83 peratus kadar sembuh bersamaan 363,608 pesakit, manakala 1,415 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 22,512 kes aktif pada kadar 5.81 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top