BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,776 dengan 13 kematian, kes aktif 24,713

novel-coronavirus-covid-19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,776 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 395,718 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 13 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,449 kes.

Daripada 2,776 kes yang dilaporkan hari ini, 2,773 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,803 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 369,556 kes.

Sementara itu terdapat 300 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 133 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 395,718 dengan 93.39 peratus kadar sembuh bersamaan 369,556 pesakit, manakala 1,449 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 24,713 kes aktif pada kadar 6.24 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top