BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,764 dengan 13 kematian, kes aktif 50,841

covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,764 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 248,316 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 13 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 909 kes.

Daripada 2,764 kes yang dilaporkan hari ini 2,758 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,887 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 196,566 kes.

Sementara itu terdapat 289 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 127 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 248,316 kes dengan 79.2 peratus kadar sembuh bersamaan 196,566 pesakit, manakala 909 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 50,841 kes aktif pada kadar 20.5 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top