BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,733 dengan 13 kematian, kes aktif 25,414

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,733 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 398,451kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 13 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,462 kes.

Daripada 2,733 kes yang dilaporkan hari ini, 2,728 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,019 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 371,575 kes.

Sementara itu terdapat 294 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 138 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 398,451 dengan 93.25 peratus kadar sembuh bersamaan 371,575 pesakit, manakala 1,462 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 24,414 kes aktif pada kadar 6.38 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top