BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,720 dengan lapan kematian, kes aktif 44,129

covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,720 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 269,165 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 983 kes.

Daripada 2,720 kes yang dilaporkan hari ini kesemuanya adalah kes penularan tempatan.

Advertisement

Dalam pada itu 5,718 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 224,053 kes.

Sementara itu terdapat 253 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 269,165 kes dengan 83.2 peratus kadar sembuh bersamaan 224,053 pesakit, manakala 983 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 44,129 kes aktif pada kadar 16.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top