KUALA LUMPUR, 24 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,717 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 390,252 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,426 kes.
Daripada 2,717 kes yang dilaporkan hari ini, 2,691 adalah penularan tempatan dan 26 kes import.
Dalam pada itu 2,292 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 365,900 kes.
Sementara itu terdapat 272 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 124 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 390,252 dengan 93.76 peratus kadar sembuh bersamaan 365,900 pesakit, manakala 1,426 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 22,926 kes aktif pada kadar 5.87 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini