BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,712 dengan 25 kematian, kes aktif 38,763

covid19-virus-coronavirus.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,712 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 274,763 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 25 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,030 kes.

Daripada 2,712 kes yang dilaporkan hari ini 2,708 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 5,320 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 235,082 kes.

Sementara itu terdapat 227 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 103 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 274,875 kes dengan 85.52 peratus kadar sembuh bersamaan 235,082 pesakit, manakala 1,030 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 38,763 kes aktif pada kadar 14.1 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top