BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,690 dengan sepuluh kematian, kes aktif 23,753

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,690 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 392,942 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sepuluh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,436 kes.

Daripada 2,690 kes yang dilaporkan hari ini, 2,680 adalah penularan tempatan dan sepuluh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,853 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 367,753 kes.

Sementara itu terdapat 283 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 121 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 392,942 dengan 93.59 peratus kadar sembuh bersamaan 367,753 pesakit, manakala 1,436 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 23,753 kes aktif pada kadar 6.04 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top