BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,551 dengan dua kematian, kes aktif 18,600

coronavirus_covid19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,551 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 370,528 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,365 kes.

Daripada 2,551 kes yang dilaporkan hari ini, 2,522 adalah penularan tempatan dan 29 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,524 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 350,563 kes.

Sementara itu terdapat 227 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 370,528 dengan 94.61 peratus kadar sembuh bersamaan 350,563 pesakit, manakala 1,365 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 18,600 kes aktif pada kadar 5.02 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top