KUALA LUMPUR, 3 MEI: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,500 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 417,512 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 18 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,551 kes.
Daripada 2,500 kes yang dilaporkan hari ini, 2,496 adalah penularan tempatan dan empat kes import.
Dalam pada itu 2,068 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 385,208 kes.
Sementara itu terdapat 352 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 186 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 417,512 dengan 92.26 peratus kadar sembuh bersamaan 385,208 pesakit, manakala 1,551 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 30,753 kes aktif pada kadar 7.37 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini