KUALA LUMPUR, 22 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,468 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 288,229 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 14 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,076 kes.
Daripada 2,468 kes yang dilaporkan hari ini, 2,464 adalah penularan tempatan dan empat kes import.
Dalam pada itu 4,055 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 256,678 kes.
Sementara itu terdapat 196 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 92 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 288,229 kes dengan 89.05 peratus kadar sembuh bersamaan 256,678 pesakit, manakala 1,076 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 30,475 kes aktif pada kadar 10.58 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini