BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,464 dengan tujuh kematian, kes aktif 49,490

covid-19-coronavirus-Covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,464 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 264,269 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 965 kes.

Daripada 2,464 kes yang dilaporkan hari ini 2,461 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 4,525 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 213,814 kes.

Sementara itu terdapat 260 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 111 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 264,269 kes dengan 80.9 peratus kadar sembuh bersamaan 213,814 pesakit, manakala 965 kematian bersamaan 0.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 49,490 kes aktif pada kadar 18.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top