BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,461 dengan lapan kematian, kes aktif 34,468

covid-19-coronavirus-malaysia.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,461 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 280,272 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,051 kes.

Kesemua 2,461 kes yang dilaporkan hari ini adalah penularan tempatan.

Advertisement

Dalam pada itu 4,782 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 280,272 kes.

Sementara itu terdapat 207 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 280,272 kes dengan 87.33 peratus kadar sembuh bersamaan 244,753 pesakit, manakala 1,051 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 34,468 kes aktif pada kadar 12.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top