BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,437 dengan sembilan kematian, kes aktif 26,205

covid_19_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,437 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 300,752 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sembilan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,130 kes.

Daripada 2,437 kes yang dilaporkan hari ini, 2,435 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,251 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 273,417 kes.

Sementara itu terdapat 202 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 93 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 300,752 kes dengan 90.91 peratus kadar sembuh bersamaan 273,417 pesakit, manakala 1,130 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 26,205 kes aktif pada kadar 8.71 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top