BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,364 dengan sepuluh kematian, kes aktif 27,028

covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,364 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 298,315 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sepuluh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,121 kes.

Daripada 2,364 kes yang dilaporkan hari ini, 2,363 adalah penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,320 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 270,166 kes.

Sementara itu terdapat 190 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 99 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 298,315 kes dengan 90.56 peratus kadar sembuh bersamaan 270,166 pesakit, manakala 1,121 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 27,028 kes aktif pada kadar 9.06 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top