BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,341 dengan tiga kematian, kes aktif 21,268

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,341 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 379,473 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,389 kes.

Daripada 2,341 kes yang dilaporkan hari ini, 2,334 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,592 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 356,816 kes.

Sementara itu terdapat 249 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 95 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 379,473 dengan 94.03 peratus kadar sembuh bersamaan 356,816 pesakit, manakala 1,389 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 21,268 kes aktif pada kadar 5.60 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top