BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,340 dengan 11 kematian, kes aktif 21,687

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,340 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 381,813 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,400 kes.

Daripada 2,340 kes yang dilaporkan hari ini, 2,328 adalah penularan tempatan dan 12 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,910 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 358,726 kes.

Sementara itu terdapat 248 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 101 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 381,813 dengan 93.95 peratus kadar sembuh bersamaan 358,726 pesakit, manakala 1,400 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 21,687 kes aktif pada kadar 5.68 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top