KUALA LUMPUR, 17 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,331 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 372,859 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,370 kes.
Daripada 2,331 kes yang dilaporkan hari ini, 2,319 adalah penularan tempatan dan 12 kes import.
Dalam pada itu 1,832 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 352,395 kes.
Sementara itu terdapat 225 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 92 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 372,859 dengan 94.51 peratus kadar sembuh bersamaan 352,395 pesakit, manakala 1,370 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 19,094 kes aktif pada kadar 5.12 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini