BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,253 dengan 11 kematian, kes aktif 27,994

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,253 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 295,951 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,111 kes.

Daripada 2,253 kes yang dilaporkan hari ini, 2,246 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,085 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 266,846 kes.

Sementara itu terdapat 201 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 93 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 295,951 kes dengan 90.16 peratus kadar sembuh bersamaan 266,846 pesakit, manakala 1,111 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 27,994 kes aktif pada kadar 9.46 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top