BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,195 dengan lapan kematian, kes aktif 19,854

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,195 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 375,054 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,378 kes.

Daripada 2,195 kes yang dilaporkan hari ini, 2,185 adalah penularan tempatan dan sepuluh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,427 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 353,822 kes.

Sementara itu terdapat 219 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 375,054 dengan 94.34 peratus kadar sembuh bersamaan 353,822 pesakit, manakala 1,378 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 19,854 kes aktif pada kadar 5.29 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top