BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,192 dengan enam kematian, kes aktif 32,076

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,192 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 285,761 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,062 kes.

Daripada 2,192 kes yang dilaporkan hari ini, 2,189 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,414 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 252,623 kes.

Sementara itu terdapat 199 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 285,761kes dengan 88.4 peratus kadar sembuh bersamaan 252,623 pesakit, manakala 1,062 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 32,976 kes aktif pada kadar 11.23 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top