BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,154 dengan enam kematian, kes aktif 22,034

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,154 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 310,097 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,159 kes.

Daripada 2,154 kes yang dilaporkan hari ini, 2,149 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,275 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 286,904 kes.

Sementara itu terdapat 184 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 87 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 310,097 kes dengan 92.52 peratus kadar sembuh bersamaan 286,904 pesakit, manakala 1,159 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 22,034 kes aktif pada kadar 7.11 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top