BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,148 dengan sepuluh kematian, kes aktif 17,575

coronavirus-covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,148 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 367,977 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sepuluh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,363 kes.

Daripada 2,148 kes yang dilaporkan hari ini, 2,129 adalah penularan tempatan dan 19 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,259 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 349,039 kes.

Sementara itu terdapat 212 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 82 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 367,977 dengan 94.85 peratus kadar sembuh bersamaan 349,039 pesakit, manakala 1,363 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 17,575 kes aktif pada kadar 4.78 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top