BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 2,063 dengan lima kematian, kes aktif 23,161

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,063 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 307,943 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,153 kes.

Daripada 2,063 kes yang dilaporkan hari ini, 2,054 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,922 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 283,629 kes.

Sementara itu terdapat 193 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 99 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 307,943 kes dengan 92.10 peratus kadar sembuh bersamaan 283,943 pesakit, manakala 1,153 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 23,161 kes aktif pada kadar 7.52 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top