BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,924 dengan 12 kematian, kes aktif 28,837

covid19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,924 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 293,698 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 12 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,100 kes.

Daripada 1,924 kes yang dilaporkan hari ini, 1,918 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,752 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 263,761 kes.

Sementara itu terdapat 205 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 293,698 kes dengan 89.81 peratus kadar sembuh bersamaan 263,761 pesakit, manakala 1,100 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 28,837 kes aktif pada kadar 9.82 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top