BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,854 dengan lima kematian, kes aktif 14,805

COVID_19_Coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,854 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 357,607 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,313 kes.

Daripada 1,854 kes yang dilaporkan hari ini, 1,834 adalah penularan tempatan dan 20 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,247 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 341,489 kes.

Sementara itu terdapat 169 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 357,607 dengan 95.49 peratus kadar sembuh bersamaan 341,489 pesakit, manakala 1,313 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,805 kes aktif pada kadar 4.14 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top