BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,828 dengan lima kematian, kes aktif 25,542

Covid-19-Coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,828 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 302,580 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,135 kes.

Daripada 1,828 kes yang dilaporkan hari ini, 1,821 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,486 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 275,903 kes.

Sementara itu terdapat 198 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 302,580 kes dengan 91.18 peratus kadar sembuh bersamaan 275,903 pesakit, manakala 1,135 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 25,542 kes aktif pada kadar 8.44 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top