KUALA LUMPUR, 13 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,767 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 363,940 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 12 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,345 kes.
Daripada 1,767 kes yang dilaporkan hari ini, 1,758 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.
Dalam pada itu 1,290 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 346,295 kes.
Sementara itu terdapat 199 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 82 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 363,940 dengan 95.15 peratus kadar sembuh bersamaan 346,295 pesakit, manakala 1,345 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 16,300 kes aktif pada kadar 4.48 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini