BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,739 dengan lapan kematian, kes aktif 15,574

covid_19_coronavirus_pandemik.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,739 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 360,856 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,329 kes.

Daripada 1,739 kes yang dilaporkan hari ini, 1,731 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,216 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 343,953 kes.

Sementara itu terdapat 183 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 360,856 dengan 95.31 peratus kadar sembuh bersamaan 343,953 pesakit, manakala 1,329 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 15,574 kes aktif pada kadar 4.32 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top