BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,683 dengan tiga kematian, kes aktif 20,333

COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,683 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 313,460 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,169 kes.

Daripada 1,683 kes yang dilaporkan hari ini, 1,673 adalah penularan tempatan dan sepuluh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,506 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 291,958 kes.

Sementara itu terdapat 174 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 313,460kes dengan 93.14 peratus kadar sembuh bersamaan 291,958 pesakit, manakala 1,169 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 20,333 kes aktif pada kadar 6.49 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top