BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,680 dengan tujuh kematian, kes aktif 21,159

COVID_19_Coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,680 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 311,777 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,166 kes.

Daripada 1,680 kes yang dilaporkan hari ini, 1,677 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,548 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 289,452 kes.

Sementara itu terdapat 172 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 84 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 311,777 kes dengan 92.84 peratus kadar sembuh bersamaan 289,452 pesakit, manakala 1,166 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 21,159 kes aktif pada kadar 6.79 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top