BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,671 dengan empat kematian, kes aktif 14,442

COVID_19_Coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,671 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 331,713 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,229 kes.

Daripada 1,671 kes yang dilaporkan hari ini, 1,669 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,585 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 316,042 kes.

Sementara itu terdapat 151 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 64 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 331,713 dengan 95.28 peratus kadar sembuh bersamaan 316,042 pesakit, manakala 1,229 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,442 kes aktif pada kadar 4.35 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top