BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,647 dengan sembilan kematian, kes aktif 17,544

coronavirus_covid19-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,647 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 319,364 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sembilan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,200 kes.

Daripada 1,647 kes yang dilaporkan hari ini, 1,642 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,104 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 300,620 kes.

Sementara itu terdapat 147 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 61 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 319,364 dengan 94.13 peratus kadar sembuh bersamaan 300,620 pesakit, manakala 1,200 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 17,544 kes aktif pada kadar 5.49 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top