BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,638 dengan tiga kematian, kes aktif 14,423

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,638 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 349,610 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,286 kes.

Daripada 1,638 kes yang dilaporkan hari ini, 1,631 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,449 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 333,892 kes.

Sementara itu terdapat 167 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 349,610 dengan 95.50 peratus kadar sembuh bersamaan 333,892 pesakit, manakala 1,286 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,432 kes aktif pada kadar 4.13 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top