BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,600, dua kematian, kes aktif 11,604

COVID-19_coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan kekal 384 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,600 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 74,294.

Daripada 1,600 kes yang dilaporkan hari ini, 1,597 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,033 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 62,306 kes.

Sementara itu terdapat 129 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 74,294 kes dengan 83.9 peratus kadar sembuh bersamaan 62,306 pesakit, manakala 384 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,604 kes aktif pada kadar 15.6 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top