BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,576 dengan dua kematian, kes aktif 14,360

Coronavirus_COVID_19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,576 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 330,042 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,225 kes.

Daripada 1,576 kes yang dilaporkan hari ini, 1,565 adalah penularan tempatan dan 11 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,996 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 314,457 kes.

Sementara itu terdapat 151 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 330,042 dengan 95.28 peratus kadar sembuh bersamaan 314,457 pesakit, manakala 1,225 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,360 kes aktif pada kadar 4.35 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top