BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,575 dengan tiga kematian, kes aktif 17,074

covid19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,575 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 320,939 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,203 kes.

Daripada 1,575 kes yang dilaporkan hari ini, 1,568 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,042 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 302,662 kes.

Sementara itu terdapat 147 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 67 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 320,939 dengan 94.31 peratus kadar sembuh bersamaan 302,662 pesakit, manakala 1,203 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 17,074 kes aktif pada kadar 5.32 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top