BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,555 dengan enam kematian, kes aktif 24,563

coronavirus_covid_19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,555 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 304,135 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,141 kes.

Daripada 1,555 kes yang dilaporkan hari ini, 1,552 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,528 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 278,431 kes.

Sementara itu terdapat 204 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 96 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 304,135 kes dengan 91.54 peratus kadar sembuh bersamaan 278,431 pesakit, manakala 1,141 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 24,563 kes aktif pada kadar 8.08 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top