KUALA LUMPUR, 8 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,529 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 314,989 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,177 kes.
Daripada 1,529 kes yang dilaporkan hari ini, 1,520 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.
Dalam pada itu 2,076 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 294,034 kes.
Sementara itu terdapat 160 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 314,989 dengan 93.35 peratus kadar sembuh bersamaan 294,034 pesakit, manakala 1,177 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 19,778 kes aktif pada kadar 6.28 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini