BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,510 dengan lapan kematian, kes aktif 15,059

covid19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,510 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 359,117 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,321 kes.

Daripada 1,510 kes yang dilaporkan hari ini, 1,505 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,248 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 342,737 kes.

Sementara itu terdapat 194 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 359,117 dengan 95.44 peratus kadar sembuh bersamaan 342,737 pesakit, manakala 1,321 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 15,059 kes aktif pada kadar 4.19 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top