KUALA LUMPUR, 19 JUL: Hari ini mencatatkan 15 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,779 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 123.
Kes kematian ke-123 itu adalah penghuni di pusat jagaan warga emas dan menghidap penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok.
KKM berkata, pesakit itu telah dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 17 Julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan. Beliau disahkan positif Covid-19.
Daripada tujuh kes baharu hari ini, 11 adalah kes tempatan dan empat adalah kes import dengan lapan warganegara dan tiga bukan warganegara.
Terdapat tujuh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,553 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,779 kes dengan 97.43 peratus kadar sembuh bersamaan 8,553 pesakit, manakala 123 kematian bersamaan 1.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 103 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini