BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,482 dengan tujuh kematian, kes aktif 14,604

Covid-19-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,482 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 345,500 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,272 kes.

Daripada 1,482 kes yang dilaporkan hari ini, 1,480 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,070 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 329,624 kes.

Sementara itu terdapat 164 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 345,500 dengan 95.40 peratus kadar sembuh bersamaan 329,624 pesakit, manakala 1,272 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,604 kes aktif pada kadar 4.23 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top