KUALA LUMPUR, 13 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,470 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 322,409 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,206 kes.
Daripada 1,470 kes yang dilaporkan hari ini, 1,458 adalah penularan tempatan dan 12 kes import.
Dalam pada itu 1,830 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 304,492 kes.
Sementara itu terdapat 162 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 70 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 322,409 dengan 94.44 peratus kadar sembuh bersamaan 304,492 pesakit, manakala 1,206 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 16,711 kes aktif pada kadar 5.19 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini